Media Oren telah melaksanakan pelbagai aktiviti kearah memberi kesedaran kepada rakyat tentang Malaysia yang lebih baik dan sejahtera.

Pergerakan kami adalah berlandaskan sukaralewan yang sudi bersama kami diseluruh negara bagi menjayakan cita-cita murni ini. Namun begitu kami tidak lepas lari dari memerlukan dana bagi menggerakkan lagi aktiviti seluruh negara. Tambahan pula peralatan dan kelengkapan media yang diperlukan turut melibatkan kos yang tinggi untuk kami teruskan usaha ini.

Jika anda merasakan Media Oren perlu terus maju ke hadapan dan ingin turut menyumbang kearah itu, pihak kami mengalu-alukan sumbangan umum bagi menjayakan misi dan hasrat ini.

Segala sumbangan anda amatlah kami alu-alukan dan diiringi dengan ucapan terima kasih.